Friday 18 July 2014

Perbualan Telefon Tembak Pesawat Didedah


Pihak keselamatan Ukraine mendedahkan rakaman perbualan oleh puak pemisah yang menjadi bukti bahawa MH17 telah ditembak oleh puak pemisah Rusia. 


The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu




Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

SUMBER AWANI




No comments:

Post a Comment