Friday 18 July 2014

Igor Girkin Suspek Utama?



Menteri pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR) yang mengisytiharkan kerajaan sendiri iaitu Igor Girkin kini dianggap suspek utama di sebalik tragedi MH17.

Menurut Sydney Morning Herald, bekas pegawai risikan itu turut dikenali sebagai Strelkov atau Shooter (penembak) malah pernah menembak tenteranya sendiri kerana ingkar perintah.

Girkin menjadi perhatian selepas dilapor memuat naik pesanan di sosial media Rusia, yang berbunyi: “Kami sudah beri amaran pada kamu – jangan terbang di udara kami.


Jika benar pihak pemberontak pemisah wajib bertanggungjawab dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia ini menjadi tumpuan seluruh kuasa besar dunia dan sehingga sekarang belum ada yang mengatakan mereka bertanggungjawab terhadap "Shot Down" MH17 ini.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan MH17, dan berharap segala musibah yang melanda diambil pengajaran..

No comments:

Post a Comment