Saturday 19 July 2014

Video Mengeluarkan Mayat-mayat Mangsa


Video pasukan penyelamat mengeluarkan mayat-mayat mangsa nahas pesawat MH17.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, pada malam Khamis lalu. Berikut adalah rakaman visual mencari pada pagi Jumaat, waktu tempatan.



Kerajaan Malaysia juga telah menghantar wakil dari Jakim untuk pengurusan Jenazah di sana. Semoga mereka semua dilindungi oleh Allah dalam menjalankan misi ini.

Friday 18 July 2014

Igor Girkin Suspek Utama?



Menteri pertahanan Republik Rakyat Donetsk (DPR) yang mengisytiharkan kerajaan sendiri iaitu Igor Girkin kini dianggap suspek utama di sebalik tragedi MH17.

Menurut Sydney Morning Herald, bekas pegawai risikan itu turut dikenali sebagai Strelkov atau Shooter (penembak) malah pernah menembak tenteranya sendiri kerana ingkar perintah.

Girkin menjadi perhatian selepas dilapor memuat naik pesanan di sosial media Rusia, yang berbunyi: “Kami sudah beri amaran pada kamu – jangan terbang di udara kami.


Jika benar pihak pemberontak pemisah wajib bertanggungjawab dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia ini menjadi tumpuan seluruh kuasa besar dunia dan sehingga sekarang belum ada yang mengatakan mereka bertanggungjawab terhadap "Shot Down" MH17 ini.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan MH17, dan berharap segala musibah yang melanda diambil pengajaran..

Perbualan Telefon Tembak Pesawat Didedah


Pihak keselamatan Ukraine mendedahkan rakaman perbualan oleh puak pemisah yang menjadi bukti bahawa MH17 telah ditembak oleh puak pemisah Rusia. 


The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu




Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

SUMBER AWANI




Thursday 17 July 2014

Ada 3 Bayi dalam MH17


MAS telah mengesahkan jumlah penumpang dan krew nahas MH17 adalah seramai 298 orang, ia termasuk 3 orang bayi. Daripada 298 itu, 43 orang penumpang adalah rakyat Malaysia, 154 rakyat Netherlands, 27 Australia, 12 Indonesia, 9 UK, 4 Germany dan Belgium, 3 Filipina, dan 1 dari Canada. 2 daripada bayi adalah rakyat Malaysia.

Seakan Sudah Tahu Tragedi

"Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya"
Seakan mengetahui sesuatu akan berlaku kepada pesawat, Cor Pan memuat naik ke facebooknya gambar pesawat MAS MH17 sebelum pesawat ini terhempas.

Senarai Penumpang MH17


Seorang reaksi dari ahli keluarga mangsa yang terlibat.

REAKSI KELUARGA
Senarai penumpang MH17 didedahkan di media sosial dan blogger. Jumlah penumpang ialah 295 orang termasuk krew kapal. Senarai nama penuh semua penumpang belum dikeluarkan.

Image MH17 Terhempas

Gambar gambar MH17 yang terhempas di Ukraine, pesawat MAS itu sepatutnya tiba di Malaysia pada 6.10 pagi 18 Julai 2014